Cara-cara nak buat Slide dengan menggunakan Google Slides Saya akan mengajar anda yang pertama kali yang nak buat Google Slides atau yang nak tahu dengan lebih mendalam tentang Google Slides. Kebiasanya, anda biasa dengar atau anda pernah buat slide menggunakan Microsoft Powerpoint sahaja. Tetapi sebenarnya ada aplikasi lain selain Microsoft Powerpoint. Anda boleh gunakan Google Slides seperti yang saya buat ini. Pertama kali yang anda perlu buat ialah, anda perlu melayari google slides di Google. Klik Google slides: free online presentations for personal use. Langkah pertama, anda perlu log in email google anda sendiri. 1) Setelah berjaya log in. Langkah seterusnya, klik di bahagian Blank 2) Kemudian, anda boleh pilih tema apa yang anda suka. Ikut kretiviti anda sendiri. 3) Selepas anda dah pilih tema, anda boleh mula tulis tajuk dan nama anda di muka hadapan. 4) Selepas itu, anda perlu klik tanda kotak di sebelah kiri, maksudnya di sini, anda perlu kl...
Belajar Di Kelas TECC di Politeknik Metro Johor Bahru Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada pensyarah yang saya kasihi Puan Nur Shazwani Binti Sadzali kerana memberi saya tugasan untuk menceritakan pengalaman saya menggunakan bilik Technology Enabled Collaborative Classroom (TECC) di Politeknik Metro Johor Bahru ini. Dan tak lupa juga kepada anda semua kerana sudi melawati laman blog saya ini. Ada banyak pengalaman menarik yang saya ingin kongsikan bersama anda ketika saya berada di bilik TECC ini. Pertama kali, saya masuk bilik kuliah yang diberi nama Technology Enable Collaborative Classroom (TECC) ini, saya berasa kagum kerana dapat belajar di persekitaran yang selesa dan menarik kerana ia telah direkabentuk dan dibangunkan dengan harapan ianya mampu memberi kepuasan untuk pensyarah atau pun pelajar supaya lebih semangat untuk mengajar dan belajar. Jika mana-mana kelas yang belajar di kelas TECC ini, mereka perlu buat b...
Comments
Post a Comment